ii.
Yang Kena Tuntut
sentiasa melakukan mudarat kepada harta Yang Menuntut dengan mengambil barang
kemas dan wang kepunyaannya tanpa kebenaran.
Permohonan
yang dibuat oleh Yang Menuntut ini adalah bersandarkan kepada satu lafaz ta’liq
yang telah dibaca oleh Yang Kena Tuntut pada masa akad nikah sepertimana yang
tertera di dalam sijil nikah yang berbunyi seperti berikut:
“Manakala saya tinggalkan isteri
saya (nama isteri) Siti Khadijah binti Abd Rahman selama empat bulan atau lebih
dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya
selama masa tersebut pada hal ia taatkan saya atau melakukan sebarang mudarat kepada
tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian ia mengadu
kepada Qadhi dan manakala sabit aduan-aduannya disisi Qadhi atau Pengadil
Mahkamah Syariah atau Jemaah Pengadilan dan ia memberi kepada Qadhi bagi pihak
saya sebanyak RM1 maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan satu talaq
khul’ie.”
Malah
Yang Menuntut turut menyatakan bahawa Yang Kena tuntut telah melakukan mudarat
ke atas hartanya dimana Yang Kena Tuntut telah mengambil duit dengan anggaran
sebanyak RM 6,000.00 hingga RM 7,000.00 serta barang kemas Yang Menuntut tanpa
kerelaannya dengan anggaran sebanyak RM 5,000.00. Disamping itu, Yang Kena
Tuntut turut mengambil kereta kepunyaan Yang Menuntut serta rumah tempat
tinggal mereka untuk digadai akibat daripada aktiviti perjudian Yang Kena
Tuntut. Dimana Yang Menuntut menyatakan bahawa hal sedemikian telah berlaku
sejak kelahiran anak ketiganya lagi iaitu pada 8 April 1987 hingga pada
perbicaraan berlangsung. Malah Yang Kena Tuntut telah turut mengabaikan nafkah
yang wajib ke atas isteri dan anak-anak sejak dari tempoh yang dinyatakan.
Semasa
permohonan didengar di Mahkamah, Yang Menuntut telah mengemukakan tiga orang saksi
manakala Yang Kena Tuntut telah tidak hadir ke mahkamah setelah saman
dikeluarkan dengan mereka-reka alasan kepada pihak Mahkamah. Manakala
saksi-saksi yang telah dikemukakan oleh Yang Menuntut telah memberikan
keterangan berdasarkan daripada maklumat Yang Menuntut sendiri dan bukannya
pengetahuan atau melihat sendiri apa yang dinyatakannya. Disamping itu, Yang
Menuntut juga gagal membuktikan menerusi keterangan bahawa syarat-syarat bagi
membolehkan permohonan ta’liq dibuat telah dipenuhi.
Keputusan Mahkamah:
Mahkamah
telah menolak permohonan yang dibuat oleh pihak Yang Menuntut. Berdasarkan
keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Yang Menuntut, Mahkamah berpuas
hati Yang Menuntut gagal membuktikan kepada Mahkamah bahawa Yang Kena Tuntut
telah melakukan mudarat kepada Yang Menuntut dan harta bendanya. Mahkamah juga
mendapati Yang Menuntut dan Yang Kena Tuntut masih suami isteri yang sah dan
Yang Kena Tuntut masih memberi nafkah meskipun tidak mencukupi. Oleh yang
demikian, syarat-syarat bagi memohon ta’liq tidak dipenuhi. Maka dengan ini,
Mahkamah telah membuat pemeriksaan dan penyiasatan mengikut kuasa yang
diberikan dibawah seksyen 50(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/
1987 memutuskan bahawa permohonan yang dibuat oelh Yang Menuntut pada 15 Julai
1998 adalah ditolak dan rayuan boleh dibuat dalam masa 14 hari.
Alasan Penghakiman:
1 Ketidak
hadiran yang kena tuntut dalam perbicaraan serta pendengaran kes adalah tidak
menjadi sekiranya ia diteruskan.
2 Lafaz
ta’liq berbunyi: “Manakala saya
tinggalkan isteri saya (nama isteri) Siti Khadijah binti Abd Rahman selama
empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa…”
Berdasarkan
kepada keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah didapati
keterangan-keterangan tersebut tidak menepati makna lafaz ta’liq tersebut.
Dimana Yang Menuntut dan saksi-saksinya tidak ada menyatakan bahawa Yang Kena
Tuntut telah tinggalkan Yang Menuntut selama empat bulan atau lebih, malah Yang
Kena Tuntut masih ada dan mengakui masih tinggal bersama-sama Yang Menuntut
cuma ia jarang berada di dalam rumah bersama
Yang Menuntut. Oleh itu Yang Menuntut gagal memenuhi kehendak seksyen
73(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Pahang No.1 Tahun 1990 iaitu: “Sesiapa berkehendakkan Mahkamah membuat
penghakiman tentang apa-apa jua hak atau liability di sisi undang-undang dengan
bergantung atas wujudnya fakta yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikkan
bahawafakta itu wujud”.
3 Lafaz
ta’liq berbunyi; “…atau saya atau wakil
saya tiada memberi nafkah kepada nya selama masa tersebut pada hal ia taatkan
saya…”
Berdasarkan
kepada keterangan-keterangan Yang Menuntut dan saksi-saksinya mengenai hal ini,
didapati keterangan mereka ini terlalu hambar dan tidak kukuh kerana ianya
soalan-soalan seolah-olah satu cerita yang diada-adakan. Pandangan ini adalah
disebabkan kedua-dua mereka masih suami isteri dan masih tinggal serumah dan
wujud dalam keterangan Yang Menuntut di mana mereka masih ada kasih sayang atau
belas kasihan antara satu sama lain seperti katanya: “Saya ada pergi jenguknya”
apabila Yang Kena Tuntut di tahan di Penjara Sungai Buloh dan katanya lagi: “
Pada hari Isnin lalu dia hendak ke Kuala Lumpur dan dia minta dari saya RM
50.00, lalu saya beri kepadanya”. Maka sudah tentu Yang Kena Tuntut ada memberi
nafkah kepada Yang Menuntut, Cuma berkemungkinan nafkah yang diberi itu tidak
mencukupi untuk menampung hidup seharian dan bukannya tidak memberi nafkah
langsung.
) Lafaz
ta’liq berbunyi; “…Atau saya melakukan
sebarang mudarat kepada…atau….atau harta bendanya….”
Dalam
kes ini Yang Menuntut iaitu isteri ada mengemukakan keterangan bahawa hartanya
telah dimudaratkan oleh Yang Kena Tuntut iaitu suaminya sepertimana yang
dinyatakan di dalam fakta kes diatas. Berdasarkan kepada keterangan oleh pihak
menuntut bahawa telah gagal dalam membuktikan telah berlaku kemudaratan ke atas
harta kerana pemilikan barang yang dinyatakan adalah pada hakikatnya bukanlah
harta sebenar pihak menuntut pada masa kemudaratan itu dilakukan.
5 Keterangan
saksi-saksi yang dibawa oleh yang menuntut dalam menegakkan dakwaannya ini
terdapat kecacatan kerana keterangan yang diberikan oleh mereka adalah berpandu
kepada maklumat yang diberi oleh pihak yang menuntut dan bukannya daripada
pengetahuan saksi-saksi itu sendiri.