Sunday, September 25, 2011

Saidina Umar bin al-Khattab radiallahu’anh.


– Siapa yang menjaga percakapannya, dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya, dianugerahkan kepadanya hati yang khusyu’.
– Siapa yang menjaga makanannya, dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa, dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau, dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia, dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifaq.
Read More

i care 4 u

 I care for you. 
Wallahi I do.
It hurts me to see you this way
If only you knew how much you inspire me
If only you knew how beautiful you are.
Don’t let this dunya take you down
and don’t turn away from the only thing that will lift you up.
Allah azza wa jal didn’t leave you brother,
please come back to Islaam.
Read More

Friday, September 23, 2011








Most people don't pray until they're in trouble. When people need help they pray a lot. But after they get what they want, they slow down. If a man takes fives showers a day, his body will be clean. Praying five times a day helps me clean my mind.




THE HUNGER FOR LOVE IS MUCH MORE DIFFICULT TO REMOVE THAN THE HUNGER FOR FOOD










Read More

Thursday, September 22, 2011

doa dari seorang sahabat

YaAllah,

sahabat ini  BUNGAKU tanpanya tiada seri duniaku,
sahabat ini MADUKUpenawar banyak perkara,
sahabat ini GURUKU mendidik dengan penuh mesra,
sahabat ini CINTAKU kerana dia bawa aku menuju cintaMU,

jangan kau biarkan dia sendirian di dunia, di barzakh
bahkan di akhirat sana
kau dampingilah dia biarpun ku tak dapat bersamanya
tapi ku gembira melihat dia
walaupun sekadar memerhatinya dari jauh.....

Doaku takkan pernah putus untuk sahabat ku ini...
doa ikhlas dari seorang teman buat seorang teman....


Read More

rindu

aku sayang kamu dan persahabatan ini.



aku merindui sahabat ku ini..
Allah telah mengurniakan aku sahabat
sahabat yang sentiasa menghulurkan tangannya tatkala aku jatuh tersungkur
sahabat yang sentiasa mengelap air mata ku ini tatkala aku dilanda kesedihan
sahabat yang sentiasa melindungiku dari dikecewakan dan dilukai dan dicederakan


tahun ini genap empat tahun kita bersahabat
tiga tahun kita bersama
tahun ini kita berjauhan..
tiga tahun kita ketawa bersama
tahun ini aku ketawa tanpa kamu sahabat..
tiga tahun kita kita mengejar cita-cita
tahun ini aku laksanakan impian aku tanpa kamu sahabat.

rindu kita semakin jauh
walaupun kita dibawah langit yang sama
waktu komitmen penghalang kita dari berjumpa
aku dan kamu hanya berhubung melalui doa sahaja
aku yakin Allah akan mendengar doaku ini kerana aku benar-benar merindui


Read More

cerai ta'liq


Siti Khadijah binti Abd Rahman Lwn Mohd Yatim bin Abu Bakar

Fakta Kes:

Dalam kes ini Yang Menuntut telah memfailkan permohonan cerai ta’liq terhadap Yang Kena Tuntut. Yang Menuntut telah berkahwin dengan Yang Kena Tuntut pada 7 Oktober 1982 dan telah dikurniakan dengan empat orang anak. Yang Menuntut telah memfailkan permohonan cerai ta’liq atas alasan bahawa:-

        i.            Yang Kena Tuntut tidak pernah memberi nafkah zahir dan batin melebihi empat bulan walaupun dia masih taat padanya; dan
      ii.            Yang Kena Tuntut sentiasa melakukan mudarat kepada harta Yang Menuntut dengan mengambil barang kemas dan wang kepunyaannya tanpa kebenaran.
Permohonan yang dibuat oleh Yang Menuntut ini adalah bersandarkan kepada satu lafaz ta’liq yang telah dibaca oleh Yang Kena Tuntut pada masa akad nikah sepertimana yang tertera di dalam sijil nikah yang berbunyi seperti berikut:
“Manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) Siti Khadijah binti Abd Rahman selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa tersebut pada hal ia taatkan saya atau melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian ia mengadu kepada Qadhi dan manakala sabit aduan-aduannya disisi Qadhi atau Pengadil Mahkamah Syariah atau Jemaah Pengadilan dan ia memberi kepada Qadhi bagi pihak saya sebanyak RM1 maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan satu talaq khul’ie.”
Malah Yang Menuntut turut menyatakan bahawa Yang Kena tuntut telah melakukan mudarat ke atas hartanya dimana Yang Kena Tuntut telah mengambil duit dengan anggaran sebanyak RM 6,000.00 hingga RM 7,000.00 serta barang kemas Yang Menuntut tanpa kerelaannya dengan anggaran sebanyak RM 5,000.00. Disamping itu, Yang Kena Tuntut turut mengambil kereta kepunyaan Yang Menuntut serta rumah tempat tinggal mereka untuk digadai akibat daripada aktiviti perjudian Yang Kena Tuntut. Dimana Yang Menuntut menyatakan bahawa hal sedemikian telah berlaku sejak kelahiran anak ketiganya lagi iaitu pada 8 April 1987 hingga pada perbicaraan berlangsung. Malah Yang Kena Tuntut telah turut mengabaikan nafkah yang wajib ke atas isteri dan anak-anak sejak dari tempoh yang dinyatakan.
Semasa permohonan didengar di Mahkamah, Yang Menuntut telah mengemukakan tiga orang saksi manakala Yang Kena Tuntut telah tidak hadir ke mahkamah setelah saman dikeluarkan dengan mereka-reka alasan kepada pihak Mahkamah. Manakala saksi-saksi yang telah dikemukakan oleh Yang Menuntut telah memberikan keterangan berdasarkan daripada maklumat Yang Menuntut sendiri dan bukannya pengetahuan atau melihat sendiri apa yang dinyatakannya. Disamping itu, Yang Menuntut juga gagal membuktikan menerusi keterangan bahawa syarat-syarat bagi membolehkan permohonan ta’liq dibuat telah dipenuhi.
Keputusan Mahkamah:
Mahkamah telah menolak permohonan yang dibuat oleh pihak Yang Menuntut. Berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Yang Menuntut, Mahkamah berpuas hati Yang Menuntut gagal membuktikan kepada Mahkamah bahawa Yang Kena Tuntut telah melakukan mudarat kepada Yang Menuntut dan harta bendanya. Mahkamah juga mendapati Yang Menuntut dan Yang Kena Tuntut masih suami isteri yang sah dan Yang Kena Tuntut masih memberi nafkah meskipun tidak mencukupi. Oleh yang demikian, syarat-syarat bagi memohon ta’liq tidak dipenuhi. Maka dengan ini, Mahkamah telah membuat pemeriksaan dan penyiasatan mengikut kuasa yang diberikan dibawah seksyen 50(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/ 1987 memutuskan bahawa permohonan yang dibuat oelh Yang Menuntut pada 15 Julai 1998 adalah ditolak dan rayuan boleh dibuat dalam masa 14 hari.
Alasan Penghakiman:
1     Ketidak hadiran yang kena tuntut dalam perbicaraan serta pendengaran kes adalah tidak menjadi sekiranya ia diteruskan.
   Lafaz ta’liq berbunyi: “Manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) Siti Khadijah binti Abd Rahman selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa…”
Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah didapati keterangan-keterangan tersebut tidak menepati makna lafaz ta’liq tersebut. Dimana Yang Menuntut dan saksi-saksinya tidak ada menyatakan bahawa Yang Kena Tuntut telah tinggalkan Yang Menuntut selama empat bulan atau lebih, malah Yang Kena Tuntut masih ada dan mengakui masih tinggal bersama-sama Yang Menuntut cuma ia jarang berada di dalam rumah bersama  Yang Menuntut. Oleh itu Yang Menuntut gagal memenuhi kehendak seksyen 73(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Pahang No.1 Tahun 1990 iaitu: “Sesiapa berkehendakkan Mahkamah membuat penghakiman tentang apa-apa jua hak atau liability di sisi undang-undang dengan bergantung atas wujudnya fakta yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikkan bahawafakta itu wujud”.
3      Lafaz ta’liq berbunyi; “…atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepada nya selama masa tersebut pada hal ia taatkan saya…”
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan Yang Menuntut dan saksi-saksinya mengenai hal ini, didapati keterangan mereka ini terlalu hambar dan tidak kukuh kerana ianya soalan-soalan seolah-olah satu cerita yang diada-adakan. Pandangan ini adalah disebabkan kedua-dua mereka masih suami isteri dan masih tinggal serumah dan wujud dalam keterangan Yang Menuntut di mana mereka masih ada kasih sayang atau belas kasihan antara satu sama lain seperti katanya: “Saya ada pergi jenguknya” apabila Yang Kena Tuntut di tahan di Penjara Sungai Buloh dan katanya lagi: “ Pada hari Isnin lalu dia hendak ke Kuala Lumpur dan dia minta dari saya RM 50.00, lalu saya beri kepadanya”. Maka sudah tentu Yang Kena Tuntut ada memberi nafkah kepada Yang Menuntut, Cuma berkemungkinan nafkah yang diberi itu tidak mencukupi untuk menampung hidup seharian dan bukannya tidak memberi nafkah langsung.
)        Lafaz ta’liq berbunyi; “…Atau saya melakukan sebarang mudarat kepada…atau….atau harta bendanya….”
Dalam kes ini Yang Menuntut iaitu isteri ada mengemukakan keterangan bahawa hartanya telah dimudaratkan oleh Yang Kena Tuntut iaitu suaminya sepertimana yang dinyatakan di dalam fakta kes diatas. Berdasarkan kepada keterangan oleh pihak menuntut bahawa telah gagal dalam membuktikan telah berlaku kemudaratan ke atas harta kerana pemilikan barang yang dinyatakan adalah pada hakikatnya bukanlah harta sebenar pihak menuntut pada masa kemudaratan itu dilakukan.
5     Keterangan saksi-saksi yang dibawa oleh yang menuntut dalam menegakkan dakwaannya ini terdapat kecacatan kerana keterangan yang diberikan oleh mereka adalah berpandu kepada maklumat yang diberi oleh pihak yang menuntut dan bukannya daripada pengetahuan saksi-saksi itu sendiri.
Read More

Wednesday, September 21, 2011

i love you




i love you not for only who you are,but for what you are when i am with you,
i love you not for only for what you have made of yourself, but what you are making of me,
i love you because you have done more than any creed could have done to make me good, and more than any fate could have done to make me happy,
you have done it without a touch, without a word, without a sign,
you have done it being yourself. Perhaps that what being a freinds means, after all.


p/s: i miss my  playmate on my chillhood 

Read More
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ....





"even though we've changed and we're all finding our own place in the world,we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends."




Read More