Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

I LOVE MALACCA and I LOVE U

Assalamualaikum...

End of March : 31st March 2012 : bukan lah tarikh keramat orang nak dok datang meminang ke ape -.- But it were a very very super duper date that i've really enjoyed the moment with my gurl together. FIY, tempat persinggahan kami tu tak adalah sejauh atau se mahal mana pun tapi yang mahal itu adalah kenangan yang dok ada kat dalam ingatan dan hati ni. Melaka je pun -.- TAPI best ape!!!

Almost one year tak jumpa akhirnya date di atas merupakan tarikh yang terbaik untuk dijadikan sebagai tarikh sejarah lah buat orang nogori tu jojak kan kaki dia balik kat Melaka walaupun untuk beberapa jam sahaja. wink wink.. EXCITED!!! perasaan tu dah ada since sebelum jumpa lagi even baca 'semes' @ sms pun dah senggih-senggih sambil baca. excited sampai insane beberapa minit kejap -.-. hari hari buat countdown sendiri sebab dah tak sabar nak jumpa gegurl gegurl ni. <------ words favourite haida.. hihihi

mata bertentang mata ... kini tibalah masanya ... oh! its were very lovely moment for us. hahaha dan bermula lah journey 3 anak dara sunti ke bandar Melaka. masa tu aku pun terasa macam pelancong luar sebab dah lama tak turun jalan jalan dekat town #ayat menipu# . dengan riangnya kami macam kanak-kanak Ribena yang mcm ikut rombongan tu berjalan sana sini. dari hujung Dataran Pahlawan sampai ke hujung Jonker Walk.  jadi, cakap banyak tak guna kan ..jeng jeng jeng pic pic comel di bawah...



IT TELLS EVERYTHING















syukur. sebab kita dapat berjumpa.berborak borak. berjalan jalan. berdating dating. berlawak lawak. bermain mata mata. happy yang teramat. and aku dah tinggalkan satu memory yang funny dekat korang masa melintas tu. dan aku juga dah jatuh malu bila kena bergambar dengan tourist yang handsome tu. malanganya tourist tu dapat pic aku tapi aku tak dapat pic dia..keciwa sikit..hihihihi


p/s: buat pertama kali kat blog ni tempel pasal diri sendiri// ashamed -.-


Read More

Sunday, March 18, 2012

YOU are my BEST FRIEND till JANNAH...



saya dedikasikan video ini khas buat sahabat baik saya SITI ROHAIDA ABDUL KARIM

Dia adalah insan yang begitu banyak berkongsi rahsia dan rasa bersama saya.
Insan yang selalu bersama saya saat jatuh bangun di zaman kolej..
Insan yang begitu gagah untuk berdamping dengan saya...
Insan yang tidak pernah buta dengan persahabatan..
Insan yang begitu banyak bersabar sepanjang bersama saya..
Insan yang begitu banyak mengetahui sedih perit hati ini..
Insan yang banyak berkongsi ketawa dan duka saya..
Insan yang begitu Superb bagi saya..
Insan yang banyak menegur akan kesilapan saya...
Insan yang menjadi pelengkap kepada saya..

Dialah sahabat yang begitu kuat mengenggam tangan ini ke jalan kebaikkan..
Sahabat yang sentiasa menghulurkan pertolongan walaupun kami sudah berjauhan...

syurga dunia saya selepas keluarga saya...

YA ALLAH..SYUKUR KE HADRAT MU KERANA MENGURNIAKAN AKU SAHABAT SEINDAH BELIAU.
Read More

Friday, January 20, 2012

INSAN TERPENTING

KAWAN BAIK
SUSAH UNTUK DICARI
SANGAT SUSAH UNTUK DITINGGALKAN
DAN MUSTAHIL UNTUK DILUPAKAN


kawan itu maknanya luas. ada yang selalu bersama-sama dengan kita dan ada yang kejap ada kejap tak ada macam chipsmores tu. baik dari zaman kanak-kanak mahupun sampai kita tua kita akan bertemu dengan setiap orang yang pasti akan menjadi kawan baik kita ataupun kawan kita yang suam-suam kuku jer. kawan baik biasanya bermula dari kawan yang biasa ataupun luar biasa. mungkin pada permulaan kita rasa bakal kawan baik kita 'infuture' tu pelik semacam or garang macam singa. betul kata pepatah. TAK KENAL MAKA TAK CINTA DAH KENAL RAPAT GILER!. dalam dunia ni paling kurang pun Allah aka kurniakan kita seorang kawan yang baik dan memahami kita sepanjang hayat kita. hidup kalau tak berteman pasti sunyikan..fitrah manusia yang memerlukan kasih dan sayang sebab itu Allah kurniakan kita kawan. 

ada diantaranya yang berkawan since childhood lagi sampai ke tua. ada juga yang berkawan yang pada mula-mulanya hangat membara bak kata 'DIA LAH BFF AKU SAMPAI MATI' tapi aka\hirnya tersungkur di tengah padang bola. apa boleh buat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perkenalan pasti ada pertengkaran. semua perkenalan yang terbina di antara kita dalam persahabatan akan menjadikan kita lebih matang serta lebih menghargai sesebuah perhubungan itu. impian setiap manusia mereka menginginkan persahabatan itu kekal samapi ke hayat tua mereka tapi ia mungkin akan terjadi dan mungkin jua tidak. tapi ia tidak mustahil sebab ada jugak yang kawan dari kecil then sampai ke tua hingga anak cucu plus cicit pun kenal.


lazimnya, kawan baik ni adalah insan yang selalu hadir bersama-sama dengan kita setelah mak, ayah and adik beradik kita. malah, kawan baik adalah merupakan insan yang pertama untuk kita meluahkan perasaan kita terutamanya di kalangan anak-anak muda kini. tapi ingat, kita perlulah bergaul serta memilih kawan baik yang baik peribadi dan akhlaknya. kerana kawan itu adalah cermin diri kita. SIAPA KITA PADA MASA DEPAN ADALAH LIHAT DARIPADA SIAPA KAWAN KITA PADA HARI INI. tapi tak bermakna kita perlu menjadikan kawan kita yang kurang  baik peribadinya sebagai musuh. cuma, jadikannya sebagai suatu sempadan kepada kita. malah Islam tidak melarang kita sekalipun untuk bergaul dan memilih rakan. cuma bergantung pada diri kita sendiri dalam bagaimana mencorak sesuatu perhubungan itu. 







Read More

Thursday, September 22, 2011

doa dari seorang sahabat

YaAllah,

sahabat ini  BUNGAKU tanpanya tiada seri duniaku,
sahabat ini MADUKUpenawar banyak perkara,
sahabat ini GURUKU mendidik dengan penuh mesra,
sahabat ini CINTAKU kerana dia bawa aku menuju cintaMU,

jangan kau biarkan dia sendirian di dunia, di barzakh
bahkan di akhirat sana
kau dampingilah dia biarpun ku tak dapat bersamanya
tapi ku gembira melihat dia
walaupun sekadar memerhatinya dari jauh.....

Doaku takkan pernah putus untuk sahabat ku ini...
doa ikhlas dari seorang teman buat seorang teman....


Read More

rindu

aku sayang kamu dan persahabatan ini.



aku merindui sahabat ku ini..
Allah telah mengurniakan aku sahabat
sahabat yang sentiasa menghulurkan tangannya tatkala aku jatuh tersungkur
sahabat yang sentiasa mengelap air mata ku ini tatkala aku dilanda kesedihan
sahabat yang sentiasa melindungiku dari dikecewakan dan dilukai dan dicederakan


tahun ini genap empat tahun kita bersahabat
tiga tahun kita bersama
tahun ini kita berjauhan..
tiga tahun kita ketawa bersama
tahun ini aku ketawa tanpa kamu sahabat..
tiga tahun kita kita mengejar cita-cita
tahun ini aku laksanakan impian aku tanpa kamu sahabat.

rindu kita semakin jauh
walaupun kita dibawah langit yang sama
waktu komitmen penghalang kita dari berjumpa
aku dan kamu hanya berhubung melalui doa sahaja
aku yakin Allah akan mendengar doaku ini kerana aku benar-benar merindui


Read More

Wednesday, September 21, 2011

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ....





"even though we've changed and we're all finding our own place in the world,we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends."




Read More