Friday, January 20, 2012

INSAN TERPENTING

KAWAN BAIK
SUSAH UNTUK DICARI
SANGAT SUSAH UNTUK DITINGGALKAN
DAN MUSTAHIL UNTUK DILUPAKAN


kawan itu maknanya luas. ada yang selalu bersama-sama dengan kita dan ada yang kejap ada kejap tak ada macam chipsmores tu. baik dari zaman kanak-kanak mahupun sampai kita tua kita akan bertemu dengan setiap orang yang pasti akan menjadi kawan baik kita ataupun kawan kita yang suam-suam kuku jer. kawan baik biasanya bermula dari kawan yang biasa ataupun luar biasa. mungkin pada permulaan kita rasa bakal kawan baik kita 'infuture' tu pelik semacam or garang macam singa. betul kata pepatah. TAK KENAL MAKA TAK CINTA DAH KENAL RAPAT GILER!. dalam dunia ni paling kurang pun Allah aka kurniakan kita seorang kawan yang baik dan memahami kita sepanjang hayat kita. hidup kalau tak berteman pasti sunyikan..fitrah manusia yang memerlukan kasih dan sayang sebab itu Allah kurniakan kita kawan. 

ada diantaranya yang berkawan since childhood lagi sampai ke tua. ada juga yang berkawan yang pada mula-mulanya hangat membara bak kata 'DIA LAH BFF AKU SAMPAI MATI' tapi aka\hirnya tersungkur di tengah padang bola. apa boleh buat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perkenalan pasti ada pertengkaran. semua perkenalan yang terbina di antara kita dalam persahabatan akan menjadikan kita lebih matang serta lebih menghargai sesebuah perhubungan itu. impian setiap manusia mereka menginginkan persahabatan itu kekal samapi ke hayat tua mereka tapi ia mungkin akan terjadi dan mungkin jua tidak. tapi ia tidak mustahil sebab ada jugak yang kawan dari kecil then sampai ke tua hingga anak cucu plus cicit pun kenal.


lazimnya, kawan baik ni adalah insan yang selalu hadir bersama-sama dengan kita setelah mak, ayah and adik beradik kita. malah, kawan baik adalah merupakan insan yang pertama untuk kita meluahkan perasaan kita terutamanya di kalangan anak-anak muda kini. tapi ingat, kita perlulah bergaul serta memilih kawan baik yang baik peribadi dan akhlaknya. kerana kawan itu adalah cermin diri kita. SIAPA KITA PADA MASA DEPAN ADALAH LIHAT DARIPADA SIAPA KAWAN KITA PADA HARI INI. tapi tak bermakna kita perlu menjadikan kawan kita yang kurang  baik peribadinya sebagai musuh. cuma, jadikannya sebagai suatu sempadan kepada kita. malah Islam tidak melarang kita sekalipun untuk bergaul dan memilih rakan. cuma bergantung pada diri kita sendiri dalam bagaimana mencorak sesuatu perhubungan itu. 







2 comments:

Haida Althafunnisa' said...

garang mcm singa tue mcm ak jerr..ngeh3..;)

atikakhrn said...

oh ye ke??aku pulak tak garang mcm singa laut ke?

Post a Comment