Thursday, September 22, 2011

rindu

aku sayang kamu dan persahabatan ini.



aku merindui sahabat ku ini..
Allah telah mengurniakan aku sahabat
sahabat yang sentiasa menghulurkan tangannya tatkala aku jatuh tersungkur
sahabat yang sentiasa mengelap air mata ku ini tatkala aku dilanda kesedihan
sahabat yang sentiasa melindungiku dari dikecewakan dan dilukai dan dicederakan


tahun ini genap empat tahun kita bersahabat
tiga tahun kita bersama
tahun ini kita berjauhan..
tiga tahun kita ketawa bersama
tahun ini aku ketawa tanpa kamu sahabat..
tiga tahun kita kita mengejar cita-cita
tahun ini aku laksanakan impian aku tanpa kamu sahabat.

rindu kita semakin jauh
walaupun kita dibawah langit yang sama
waktu komitmen penghalang kita dari berjumpa
aku dan kamu hanya berhubung melalui doa sahaja
aku yakin Allah akan mendengar doaku ini kerana aku benar-benar merindui


0 comments:

Post a Comment